Apa Itu Blog?

Blog, adalah ringkasan bagi weblog dan ia merupakan satu jenis web yang boleh diketegorikan/ diumpamakan sebagai jurnal online atau diari online yang mengandungi cetusan rasa, pendapat peribadi, perkongsian maklumat atau dalam apa sahaja bentuk penulisan. Blog biasanya sentiasa dikemaskini setiap hari atau setiap masa mengikut kemahuan pemiliknya. Ia berkonsepkan post iaitu artikel yang mempunyai kronologi atau dikenali sebagai Reverse Chronical Order. Dalam maksud mudah, post yang lama akan berada di bawah post yang terbaru dan begitulah seterusnya. Blog menggunakan bahasa php web programming kerana ianya melibatkan database untuk meyimpan post/artikel.

Berbeza dengan laman web, blog amat mudah diuruskan. Sesiapa sahaja boleh mempunyai blog walaupun tanpa pengetahuan teknikal mahupun pengetahuan IT yang tinggi. Walaupun begitu, pemahaman Bahasa Inggeris adalah amat penting kerana belum ada perisian blog yang dibangunkan menggunakan Bahasa Malaysia! tetapi, anda sebagai pemilik blog tetap boleh menulis dalam Bahasa Malaysia! Continue reading