Kisah Budak Penjual Kuih

Selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

“Abang nak beli kuih?” katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.
“Tak apalah dik… Abang dah pesan makanan,” jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

“Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?” katanya selamba semasa menghampiri meja saya.
“Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni,” kata saya sambil menepuk-nepuk perut.
Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, “Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?” Continue reading

Resepin Daging Masak Kicap

Selamat tengahari dan menjamu selera buat warga maya dan rakan2 yang dikasihi.Menu apa hari ni? Pastinya seenak rasa dan menepati citarasa.

DAGING MASAK KICAP
Resepi:rohaisha@Damai Qalbu

Bahan-bahan :-

  • 500gm daging | hiris
  • 1 labu bawang besar | cincang
  • 7 ulas bawang merah | kisar
  • 4 ulas bawang putih | kisar
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 inci halia | ketuk
  • 2 sudu kecil lada putih kisar
  • 1 sudu kecil lada hitam kisar
  • 4 cawan air
  • Kicap pekat* | secukupnya
  • Kicap manis*
  • Saus Manis ABC*
  • Garam
  • Minyak untuk menumis
  • Daun sup secukupnya | hiris dan tabur

Continue reading

Resepi Fish N Chips

RESEPI FISH N CHIPS
Sumber : NaniRostam Resepi Nannie Aku.Zack
Sumber : Lina pg

Bahan-Bahan Perapan:-

  • 4 keping ikan dori
  • serbuk lada hitam
  • Lada sulah
  • garam
  • Jus lemon

Cara Perap :-

  • Basuh ikan dori (atau apa-apa ikan isi putih) bersih-bersih dan keringkan sedikit guna paper towel.
  • Lumurkan dengan serbuk lada hitam,lada sulah dan garam.Kemudian perah jus lemon ke atas ikan.
  • Bahan Batter/Adunan
  • 1 cawan air (secukupnya)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung jagung
  • 1 sk baking powder
  • Garam secukup rasa
  • Bread crumb

Continue reading

Resepi Lamb Chop

LAMB CHOP
Resepi : Chef Amer Hamzah

  • 10 keping kambing Lamb Shoulder

Bahan-bahan perapan :-

  • 8 ulas bawang putih
  • 4 ulas bawang merah India
  • 1 batang serai
  • 130 gm minyak jagung atau Olive Oil
  • 70 gm air
  • 30 gm lada hitam biji
  • 40 gm gula pasir atau Brown Sugar
  • 5 gm Paprika
  • 10 gm serbuk Stock Perang ~ Jenama Knor
  • 50 gm sos HP original
  • 25 gm Yellow Mustard
  • 2 gm Tyme
  • 2 gm Rosemary
  • 10 gm garam

Continue reading